Vitamin Untuk Wanita Kekal Sihat Dan Awet Muda

Tubuh badan individu itu ibarat sebuah jentera atau mesin dengan sistem serta fungsi yang akan mula merosot dan merudum prestasinya seiring dengan perjalanan waktu.

Bagi wanita yang berumur 25 tahun dan keatas, wajar siap siaga dengan lebih awal lagi sebelum masuk era 40-an agar tubuh badan anda dapat mengadaptasi perubahan dengan baik.

Ini kerana di usia 40-an, tubuh badan wanita itu akan sangat hampir atau telah masuk di dalam kategori perimenopause.

Maka mungkin akan berlaku banyak perubahan pada aspek fizikal dan mental wanita. Perkara yang anda mudah dan cepat lakukan sebelum ini, akan mula sukar dan lambat.

Dalam usaha untuk mengelak dan mencegah ia daripada jadi lebih teruk, kena ambil suplemen sebagai ikhtiar untuk kesihatan anda!

Pemakanan merupakan aspek paling penting!

Jangan salah faham ya, Nasuha tidak kata bahawa suplemen adalah satu-satunya usaha yang anda perlu praktikkan kerana pemakanan paling penting.

Sia-sia makan suplemen jika anda tidak mengutamakan soal diet dan pemakanan harian anda. Oleh itu, wanita digalakkan untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta melengkapkan nutrisi anda dengan makanan tambahan (suplemen).

Jom semak VITAMIN UNTUK WANITA sihat dan awet muda?

#1 Asid Lemak Omega 3

ASID LEMAK OMEGA-3 adalah lemak penting yang mesti anda DAPATKAN melalui DIET ANDA.

Untuk pengetahuan anda semua, asid lemak yang juga wujud di dalam makanan laut seperti variasi jenis ikan, sangat penting untuk sel dan hormon di dalam tubuh badan wanita.

Omega 3 kaya dengan sifat anti-radang sekaligus mampu mengurangkan risiko anda terkena penyakit kronik seperti arthritis, diabetes serta penyakit jantung dan otak.

Ketika memilih suplemen yang mengandungi Omega 3, periksa pada botol dan cari nilai omega 3 yang ada. Ini kerana ramai yang menyangka bahawa minyak ikan dan omega 3 adalah dua perkara yang sama.

Minyak ikan adalah minyak yang ada pada ikan. Ia mengandungi pelbagai jenis asid lemak. Manakala omega 3 adalah sejenis asid lemak dari kelas polyunsaturated fatty acid. Maknanya minyak ikan mengandungi Omega 3 dan asid lemak yang lain. Jadi ia istilah umum. Yang kita mahu adalah Omega 3.

Sekali lagi, Omega 3 adalah sejenis asid lemak dalam kumpulan lemak tidak tepu poli (polyunsaturated fatty acid).

Omega 3 mengandungi 3 jenis asid lemak iaitu ALA, EPA, dan DHA.

DHA dan EPA boleh didapati dalam ikan seperti cod, sardin, dan lain-lain. ALA, sebaliknya, boleh didapati daripada minyak sayuran seperti minyak soya kacang badam (almond), walnut dan flaxseeds.

DHA dan EPA adalah komponen Omega 3 penting kerana hanya terdapat pada minyak ikan.

Jadi jika kita membeli suplemen minyak ikan, dapat dua komponen Omega 3 ini.

Dalam suplemen minyak ikan, untuk mendapatkan Omega 3 kita harus melihat kedua-dua nilai DHA dan EPA. Bukan melihat nilai minyak ikan.

Contoh satu biji softgel mungkin mengandungi 500mg minyak ikan tetapi nilai DHA 250mg dan EPA 125mg. Nilai omega 3 adalah 375mg. Yang selebihnya, pihak farmaseutikal yang mengeluarkan produk itu, mencampurkan dengan minyak zaitun atau minyak sayur. Jadi jangan tertipu dengan nilai dos minyak ikan tetapi lihat nilai DHA dan EPA.

Omega 3 sangat bagus untuk menurunkan tahap kolesterol dalam darah, seterusnya dengan itu mencegah pembentukan sumbatan pada saluran darah (arterosklerosis). Ia juga mencegah hipertensi dan pengumpulan trigliceride dalam darah. Dengan ini akan melindungi mendapat serangan strok.

Omega 3 dapat mencegah risiko serangan strok dan serangan jantung yang merupakan punca utama kematian di seluruh dunia.

Omega 3 sendiri bertindak sebagai anti-keradangan untuk mengurangkan rasa sakit badan dan sendi.

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan satu gram omega 3 setiap hari bagi mereka yang ada masalah penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol yang tinggi.

Minyak Ikan Yang Bagus Di Malaysia Adalah Omega Guard Shaklee 🐟🐟🐟

Keistimewaan Omega Guard Shaklee :

Omega Shaklee dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molukel berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak Omega-3 dan pada masa sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari spesies ikan.

Omega Guard membekalkan spektrum luas asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan menyeluruh dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.

#2 Multivitamin

Multivitamin juga penting untuk kesihatan yang optimum. Makin bertambah umur ni dengan kerja dan rutin harian hidup kita pastinya agak sukar untuk dapat vitamin dan mineral cukup melalui makanan harian.

Adakah rakyat Malaysia mengambil mikronutrien yang mencukupi setiap hari?

Kesan Kekurangan Mikronutrien :

  • Denyutan jantung tidak normal (disebabkan kekurangan kalsium)
  • Masalah tulang
  • Perubahan mood (disebabkan kekurangan vitamin D)
  • Lesu
  • Sesak nafas
  • Sejuk pada tangan & kaki
  • Kuku rapuh (disebabkan kekurangan zat besi)
  • Risiko kecacatan kehamilan
  • Cirit-birit
  • Sakit perut (disebabkan kekurangan folat)
Multivitamin Pertama Di Dunia

Kelebihan Vita-Lize ?

  • ➑️ Penambah Tenaga
  • ➑️ Pelengkap Nutrisi
  • ➑️ Melambat proses penuaan
  • ➑️ Stimulasi metabolism
  • ➑️ Melindungi Organ
  • ➑️ Membantu mencegah penyakit tiroid/beguk
  • ➑️ Untuk preggy mummies, VITA-LIZE PENTING & FAMOUS SUPPLEMENT kerana kelebihannya membantu menaikkan HB.

#3 Kalsium, Magnesium Dan Vitamin D

Magnesium sangat penting untuk keseimbangan hormon seperti estrogen, progesteron dan tiroid. Ia juga sangat bagus diambil untuk mengurangkan stress

Dalam pada itu, mineral ini juga sangat kritikal untuk tindak balas lebih daripada 300 jenis enzim di dalam tubuh badan. Magnesium bagus diambil sebelum tidur.

Kalsium penting untuk tulang. Ia mungkin lebih popular dalam kalangan kanak-kanak kerana mereka perlukan mineral ini untuk proses tumbesaran.

Pun begitu, ia bukan bermakna wanita yang sudah lanjut usia tidak perlu. Dengan ambil kalsium, risiko masalah tulang seperti osteoporosis mungkin lebih rendah.

Vitamin D pula popular dengan nama vitamin daripada sinar cahaya matahari.

Vitamin D jarang ditemui dalam makanan biasa yang kita makan tapi ia merupakan nutrisi penting untuk seimbangkan dan membina kekuatan tulang dengan membantu kita menyerap kalsium.

Walaupun kalsium memainkan peranan penting dalam pembentukan dan kekuatan tulang, tetapi kalsium sahaja tidak dapat menjalankan tugas itu. Gabungan nutrisi yang terdiri daripada 7 mineral penting pembina tulang diperlukan untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang.

Mineral ini bergandingan bersama untuk membentuk kristal keras yang memberikan kekuatan dan struktur pada tulang kita. Ya, 99% kalsium dalam badan kita tersimpan di tulang!

Jika anda mencari suplemen kalsium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?

  • Magnesium ada mineral yang sukar untuk disimpan didalam tubuh.
  • Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
  • Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yang kuat dan kukuh (untuk mengelakkan kerapuhan)
  • Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda.
  • Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena

Jangan lupa, lengkapilah suplemen kalsium anda dengan vitamin D. Kenapa?

  • Vitamin D membantu penyerapan calcium didalam tubuh secara optimum.
  • Vitamin D juga membantu regulate calsium di dalam peredaran darah.

Kesimpulannya, semuanya terdapat dalam Ostenutrix Shaklee!

Dalam Ostenutrix ni ada Calcium, Magnesium, Vitamin D and ada minerals lain. Dulu namanya Ostematrix sekarang bertukar Ostenutrix dengan improved formula!

#4 Polifenol Dan Resveratrol

Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berperanan memberi warna kepada buah dan tumbuhan sambil melindunginya dari penyakit.

Polifenol paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry, lagi-lagi pula tumbuhan yang berwarna ungu. Jumlahnya tinggi di dalam biji dan kulit buah.

Resveratrol pula adalah salah satu daripada jenis polifenol.

Para saintis sangat berminat dengan resveratrol kerana sifat antioksidannya yang sangat tinggi. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis tumbuhan. Ia dikatakan mampu memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti anti-penuaan, kesihatan jantung, anti-radang dan anti-kanser.

Anggur merah, ungu dan anggur yang ditanam dikawasan sejuk dikatakan mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan anggur hijau, putih atau yang ditanam dikawasan lebih panas. Tetapi dalam semua jenis anggur, muscadine grapes mempunyai kepekatan resveratrol yang paling tinggi!

10 Manfaat Resveratrol Yang Terbukti Dalam Kajian

1) Resveratrol Sebagai Anti Penuaan

Resveratrol berkesan dalam menghalang atau menterbalikkan beberapa kesan penuaan seperti osteoporosis, sarcopenia, proses penurunan mental seperti Alzheimer.

2) Resveratrol adalah Neuroprotective

Resveratrol muncul untuk mengurangkan sawan dan ketoksikan saraf hippocampal dalam model haiwan (dengan menyekat isyarat reseptor kainate) (Bukti Kajian)

Resveratrol bertindak ke atas sel-sel glial yang terlibat dalam penghantaran maklumat dan ia telah diperhatikan mampu meningkatkan pengambilan glutamat ke dalam sel-sel glial

(Bukti Kajian)

Resveratrol mendorong enzim antioksidan, heme-oxygenase 1, yang dikaitkan dengan neuroprotection (Bukti Kajian)

Suplemen Resveratrol yang diambil sepanjang hayat boleh meningkatkan jangka hayat dan melambatkan penanda bio Alzheimer (dengan mencegah beta-amiloid dan protein pengagregatan) (Bukti Kajian)

Resveratrol meningkatkan IGF-1 di pusat memori (hippocampus) otak (Bukti Kajian) yang meningkatkan ingatan.

3) Bagus Untuk Kesihatan Jantung

Mengurangkan tekanan bagi mereka yang berisiko mendapat penyakit jantung (Bukti Kajian).

Membantu kesihatan jantung dengan menghalang NADPH (in vitro) dan dengan mendorong eNOS (Bukti Kajian).

Resveratrol adalah anti-atherogenic (mengurangkan pembentukan plak dalam arteri) (Bukti Kajian).

4) Mengawal Keseimbangan Gula Dalam Darah

Membantu meningkatkan sensitiviti insulin pada orang gemuk (150 mg setiap hari) (Bukti Kajian) dan oleh itu membantu dengan metabolisme glukosa.

Berguna dalam mencegah dan merawat diabetes (Bukti Kajian)

5) Bantu Atasi Obesiti

Resveratrol boleh menyebabkan kematian sel-sel lemak (Bukti Kajian).

Membantu penurunan berat badan dengan menghalang asid lemak synthase, lipoprotein lipase dan lipase hormon sensitif (Bukti Kajian).

Meningkatkan fungsi mitokondria (melalui SIRT1 pengaktifan PGC 1alpha) (Bukti Kajian), yang boleh meningkatkan metabolisme.

6) Membantu Untuk Kesihatan Tulang

Meningkatkan sel-sel tulang dengan mengarahkan sel-sel stem daripada menjadi sel-sel lemak (Bukti Kajian), yang boleh meningkatkan kesihatan tulang.

Resveratrol synergizes dengan Vitamin D untuk kesihatan tulang (Bukti Kajian).

7) Menghalang Kanser

Resveratrol melindungi daripada kanser hati (in vitro) (Bukti Kajian) dan dikaji untuk kegunaan dalam pencegahan metastasis hati pada manusia (Bukti Kajian).

Ia telah menunjukkan kesan positif pada kanser kulit apabila digunakan pada permukaan badan tikus (Bukti Kajian).

Berkesan terhadap kanser esophageal apabila diberi secara oral pada tikus (Bukti Kajian).

Resveratrol boleh digunakan untuk mencegah dan merawat kanser payudara (Bukti Kajian).

Resveratrol menghalang pertumbuhan sel-sel Leukemia (Bukti Kajian).

8) Resveratrol Membantu Untuk Kesihatan Hati

Dalam model haiwan, resveratrol boleh membantu keadaan di mana aliran hempedu terhalang dengan menghalang MMP-2 dan MMP-9. (Bukti Kajian)

Menghalang dan memperbaiki Penyakit Lemak di Hati Non-Alkohol (NAFLD) (BUkti Kajian)

Ia menghalang kerosakan hati dalam sepsis (Bukti Kajian).

9) Resveratrol Membantu Pertumbuhan Otot

Resveratrol mempunyai kesan positif ke atas pertumbuhan otot (Bukti Kajian). Suplemen Resveratrol meningkatkan prestasi aerobik (Bukti Kajian).

10) Resveratrol Membantu Melawan Jangkitan

  • Menghalang jangkitan virus herpes itik, angsa dan lain-lain (Bukti Kajian).
  • Menghalang virus Influenza (Bukti Kajian).
  • Resveratrol telah ditunjukkan untuk menghalang aktiviti virus Epstein-Barr (Bukti Kajian).

#5 GLA

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan kitaran haid setiap bulan.

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Kita biasa dengar tentang EPO kan?

Biasa tengok produk EPO di pasaran, kebanyakannya di  farmasi. Sebenarnya, EPO adalah Gamma Linolenic Acid (GLA) yang diekstrak dari tumbuhan Evening Primrose Oil, mudahnya dipanggil EPO sahaja.

Apakah Perbezaan Antara GLA Complex Shaklee dengan EPO?

Bezanya, Gamma Linolenic Acid keluaran Shaklee diekstrak daripada borage seed yang mengandungi :

  • Lebih 2 kali ganda GLA dari Evening Primrose Oil 
  • 3 kali ganda bioavailability dari Evening Primrose Oil
  • Bertindak 3 kali lebih berkesan dari Evening Primrose Oil
  • 17-25% khasiat sumber asli GLA dari borage oil berbanding hanya 7-10% khasiat sumber asli GLA dari Evening Primrose Oil

Kelebihan GLA Complex Shaklee untuk wanita ?

  • Untuk kesuburan
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon
  • Membantu memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air, sakit payudara
  • Memperbaiki keadaan menopause seperti panas dingin, insomnia, ketidakhadaman dan depresi

Tetapi harus diingatkan ratio pengambilan Omega 3:6 ialah 1:4

Ratio Sekarang 3:6 ialah 1:24. Omega 6 tak boleh diambil terlalu berlebihan !

Apa yang akan terjadi apabila Omega 6 terlalu berlebihan ?

Ia akan Merosakkan Tubuh ( Pro Inflamatory). Ini lah punca sebenar kerosakan Organ, kerosakan Salur Darah , kerosakan Tisu.

Kerosakan demi kerosakan akan berlaku. Apa maknanya tu?

Pro bermakna mendorong dan menyokong. Tetapi mendorong kerosakan. Inflamasi ialah keradangan atau kerosakan tisu.

Anti bermakna melawan dan memberhentikan. Anti inflamasi ialah menghentikan inflamasi atau radang. Ia adalah agen yang menghentikan radang.

Sekarang dah jelas tentang Omega 3 dan 6?

Kita perlukan Omega 3 dan Omega 6 cuma kena makan ikut ratio.

  • Ratio Normal O3:O6 = 1:4.
  • Omega 3: ANTI Inflamasi
  • Omega 6: PRO Inflamasi

Bermakna , Omega 6 juga essential Foods tapi jangan lebih ratio 1:4.

Apa Yang Berlaku jika RATIO ini berubah ?

Sebab RATIO Terkini ialah O3:O6 = 1:24!!!!!πŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”Ί

6 x ganda pengambilan BAD FATS !

What Happen If Kita Mengambil Banyak BAD FATs ?

Rajah diatas menunjukkan Pathway Omega 3&6 dalam tubuh kita untuk bertindak menjadi fungsi

  • 🟦Omega 3: ANTI Inflamasi
  • 🟦Omega 6: PRO Inflamasi

Kedua-dua Pathway kanan dan kiri BERKONGSI Enzim Yang Sama Maka jika BANYAK Sangat Bad Fats , Pathway akan menang di bahagian Kiri iaitu PRO INFLAMASI !

Kesimpulannya , ANTI INFLAMASI adalah Pilihan Kita. Dah jelas kan.

🟦 INFLAMASI boleh diukur dengan :

  1. Nilai Homocystein
  2. Nilai Hscrp

Penerangan ni tentang ratio ini daripada doktor pakar – Dr Siti

Kesimpulannya, pastikan anda mengambil suplemen yang berkualiti dan selamat untuk anda consume sepanjang hayat.

Banyak supplement yang dijual, Tiada KKM pun, hanya dihantar ke KKM untuk check, tapi belum sempat KKM sahkan selamat atau tak, owner produk dah rakus release dalam market untuk dapat untung hihi

BANYAK SUPPLEMENT YANG TAKDA KAJIAN KESELAMATAN DAN KAJIAN KLINIKAL

Tapi Shaklee beza BANYAK!

Alhamdulillah Shaklee punya produk dari tanah yang ditanam sehingga terjadinya tablet dalam botol shaklee tu semuanya ada proses yang mengekalkan KUALITI dan ianya SELAMAT daripada bahan yang boleh merosakkan tubuh badan.

Kita sendiri boleh fikir sejauh mana kesungguhan company tu nak buat supplement berkualiti dan selamat.

Company yang ada campur-campur produk ni, adakah dia ada budget R&D untuk test keselamatan dan keberkesanan macam Shaklee spend RM1 billion setiap tahun untuk tujuan ni?

Badan ni nak pakai lama dan takkan ada tukar ganti. Maka haruslah ambil yang selamat dan terbaik je boleh masuk dalam badan pinjaman ALLAH ni.

Change brand can change your life.

Nasuha dah jadi pengguna Shaklee since 2018. Anda pula bagaimana?

Bagi anda yang dah lama tercari-cari the best supplement in Malaysia? Ambil suplemen Shaklee.

Berminat dapatkan Shaklee ?

Boleh hubungi Nasuha di 01156222593

Dapatkan Shaklee dengan Nasuha dapat consultation exclusive ikut guidance by doctor & scientist.

Nasuha dan team Amazing mendapat bimbingan directly daripada Doktor Perubatan ternama di Malaysia :

  • πŸ‘πŸ» Dr Hafiz Sulaiman untuk isu GERD anxiety detox dan general health
  • πŸ‘πŸ» Dr Amir Hamzah untuk issue immunology
  • πŸ‘πŸ» Dr Kartini untuk isu eczema
  • πŸ‘πŸ» Prof Dr Redza untuk bidang perubatan menggunakan supplements
  • πŸ‘πŸ» Dr Haresh Kumar untuk isu diabetes jantung cancer dan isu kewanitaan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *