Set Vitamin Shaklee Untuk Wanita Mengandung
Vitamin Shaklee untuk wanita mengandung amat penting terutamanya ketika tempoh tiga bulan pertama mengandung kerana ketika ini, janin baru sahaja terbentuk.
Selain pemakanan yang seimbang, wanita mengandung juga perlu ambil suplemen. Pengambilan suplemen juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan ketika awal kehamilan.
Ramai wanita mengandung tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui bahawa mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil sangat digalakkan kerana berpotensi mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Kenapa Vitamin Shaklee ini dikatakan sangat sesuai dan bagus ?
Biasanya kita bahagikan set mengikut trimester. Tapi yang istimewanya vitamin Shaklee ini adalah sesuai dan selamat diambil sepanjang masa dari sebelum hamil sehinggalah akhir hayat ibu.
Set Hamil Shaklee yang selamat, semulajadi dan berkesan ini mengandungi 5 jenis vitamin penting iaitu:
- Zat Besi atau Iron : Vita-Lize Shaklee
- Protein : Energizing Soy Protein (ESP)
Shaklee - Kalsium & Magnesium : Ostenutrix Shaklee
- Vitamin B & Asid Folik : B-Complex (dengan asid folik) Shaklee
- Omega-3, DHA dan EPA : Omega Guard
Shaklee - Vitamin C : Sustained Release Vita-C Plus
Shaklee
1) Vita-Lize
Vitalize adalah gabungan multivitamin dan mineral jadi tak perlu ambil multivitamin lain dah. Vitalize kaya dengan iron (zat besi).
Ia wajib diambil jika ibu ada masalah mudah pitam, mudah pening ataupun mempunyai masalah anemia/hb rendah. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin dan mineral amat penting semasa mengandung.
2) Esp
Protein sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh termasuk kuku, rambut dan kulit . Ia sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
Protein yang berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat.
Bagi wanita mengandung, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika ibu mengalami alahan (kurang/tak lalu makan).
Selain itu, ESP juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi.
3) Ostenutrix
Wanita mengandung memerlukan kalsium sebanyak 1000mg-1300mg sehari. Kelebihan Ostenutrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
Jika anda mencari supplement kalsium, pastikan ia mengandungi magnesium dan vitamin D. Kenapa?
Magnesium bantu menyerap kalsium dan mengekalkannya di dalam tubuh. Vitamin D pula membantu penyerapan kalsium dalam badan secara optimum. Ostenutrix pilihan terbaik! 😍
Kalsium penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
Bagi wanita mengandung pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot. Kalsium juga penting bagi memastikan denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil.
Pengambilan kalsium yang cukup amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan ‘menarik’ kalsium daripada ibunya. Hal ini akan memberi kesan kepada ibu mengandung seperti osteoporosis di kemudian hari.
4) B-Complex Plus
B-Complex Plus yang lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk folik asid dan biotin (sumber vitamin B yang mahal harganya).
Asid folik penting untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400mg sehari.
Asid folik perlu diambil 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Ia bagus diteruskan untuk sepanjang tempoh kehamilan untuk kehamilan yang sihat.
5) Omega Guard
Omega Guard Shaklee adalah omega-3. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
Omega juga membantu mengawal berat badan WANITA MENGANDUNG terutamanya ibu yang ada GDM kerana omega 3 boleh bantu kawal craving makanan manis.
Nak makan sekali sekala okaylah tapi tak bagus kalau ambil selalu kan? Lebihkan manis dalam senyuman 🤭
6) Vitamin C
Vitamin C melindungi sel yang penting untuk pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Jika gusi anda mudah berdarah, itu menunjukkan anda kekurangan vitamin C.
Ia juga membantu dalam penghadaman zat nutrisi. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren.
Paling best vitamin C Shaklee ada teknologi sustained release dimana ia melepaskan setiap 100mg setiap jam. So vitamin c tu takkan membazir! Vitamin C juga ada Bioflavonoids, bagus untuk penyerapan yang lebih berkesan.
Selain itu, vitamin C juga membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Berita gembira untuk mommies ada promo prenatal Shaklee!
Add to cart : Prenatal Mama (click here!)
Mommies nak beli vitamin Shaklee?
Boleh dapatkan produk Shaklee dengan Nasuha! 😍
Whatsapp 01156222593
One Comment