Ketahui 5 Vitamin Keperluan Untuk Wanita Mengandung

Kehamilan adalah perkara yang indah dan dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri bagi melengkapkan institusi kekeluargaan.

Lantas penjagaan sepanjang kehamilan penting bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi sehingga tiba waktu kelahiran.

Penjagaan ketika hamil trimester pertama sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik bagi mengelakkan sebarang kemungkinan risiko keguguran. Di peringkat ini, kesihatan fizikal dan mental bayi yang bakal lahir dipengaruhi oleh penjagaan pra kehamilan dan kehamilan trimester pertama.

Wanita mengandung perlu sentiasa menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengikut panduan kehamilan daripada doktor dan pembacaan dari sumber yang sahih.

Pakar Perubatan Janin dan Ibu serta Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Janani Sivanathan, berkata wanita mengandung perlu mengambil berat soal penjagaan awal kehamilan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Katanya, sesetengah wanita mengalami pelbagai jenis alahan, ada yang hilang selera makan dan minum serta turun berat badan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital, selain mengalami pendarahan ketika awal kehamilan.

Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malah untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.

Pengambilan vitamin dan suplemen bagi wanita mengandung sangat digalakkan bagi membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Ia juga membantu ibu mengandung mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Tambahan lagi, pengambilan suplemen juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan ketika awal kehamilan.

Malangnya, ramai wanita mengandung tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui bahawa mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Antara suplemen yang penting bagi wanita hamil ialah zat besi (iron), kalsium, folic acid dan omega-3.

Namun amalan pengambilan suplemen tidak tidak bermakna wanita hamil boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air.

Prenatal vitamins juga tidak menjanjikan anak yang bakal dilahirkan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan atau kecacatan. Kalau boleh diberikan analogi, mengamalkan vitamin ibarat memakai tali pinggang keledar ketika memandu kereta, tapi dalam masa yang sama, tidak menjanjikan pemandu itu selamat dan tidak mengalami kemalangan jalanraya.

Jika berlaku kemalangan pun, tentu kecederaan yang dialami tidak seteruk pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar. Pengambilan suplemen adalah lebih baik sebagai ikhtiar untuk lengkapkan nutrisi harian WANITA MENGANDUNG sekaligus membantu untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan sehingga tiba masa bersalin.

Apakah Vitamin Yang Penting Untuk Kesihatan Ibu Mengandung?

1. Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan.

Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural).

Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Oleh itu, ramai pakar perubatan mencadangkan agar pengambilan folic acid ini dimulakan sebelum kehamilan lagi. Mereka mengesyorkan agar folic acid diambil sebaik saja selepas berkahwin kerana ada kalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang.

Dos yang dicadangkan bagi wanita yang bersedia untuk mengandung ialah 400 micrograms (mcg) sehari, sementara wanita yang telah mengandung adalah 1,000 mcg sehari. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

2. Zat Besi

Zat Besi (iron) penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. la mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Dos yang biasa cadangkan untuk wanita mengandung adalah 27 mg, berbanding dengan dos bagi wanita yang tidak mengandung adalah 18mg. Dan zat besi sangat bagus diambil bersama vitamin c bagi membantu penyerapan yang optimum!

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit.

Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Bagi menggalakkan penyerapan zat iron dengan lebih baik, elakkan pengambilan antibiotic seperti ciprofloxacin, doxycycline, norfloxacin dalam masa 2 jam sebelum atau selepas menelan suplemen yang mengandungi zat besi.

Terdapat beberapa jenis makanan yang mengganggu penyerapan zat iron seperti ikan, daging merah dan hati. Oleh itu pengambilan suplemen zat iron harus dilakukan sejam sebelum atau 2 jam selepas memakan makanan seperti ini.

Begitu juga jika memakan makanan jenis tenusu seperti susu, mentega atau keju. Elakkan juga suplemen yang mengandungi kalsium atau antacid (ubat angin) yang mengandungi kalsium bersama supplemen zat iron kerana ia menghalang penyerapan iron ke dalam tubuh. Ini bermakna, pil suplemen zat iron tidak boleh dimakan bersama-sama dengan suplemen kalsium.

3. Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.

Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Kekurangan kalsium yang serius boleh menyebabkan wanita hamil terdedah kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil adalah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

4. Omega 3

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan.

Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.

Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah lebih baik ibu hamil mengambil suplemen yang mengandungi omega-3. Bagi wanita yang hamil dan menyusukan bayi, dos yang dicadangkan adalah 200-300 mg sehari.

Dr Zubaidi ada menasihati agar wanita mengandung menggunakan suplemen hanya pada satu jenama saja yang sesuai untuknya. Penggunaan herba ketika hamil tidak digalakkan kerana kebanyakan herba yang ada di pasaran sekarang, tidak mempunyai bukti ia selamat untuk wanita hamil.

5. Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan.

Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu makan ikut suka hati hentam ja apa-apa makanan dengan alasan “mengidam”. Fikirkan anak dalam kandungan yang perlukan nutrisi untuk tumbesaran yang sihat.

Para ibu juga perlu aware tentang makanan yang selamat dimakan dan yang perlu dielakkan. Sesetengah makanan mengandungi toksin yang boleh membawa kecacatan kepada bayi dalam kandungan, manakala sesetengah yang lain mengandungi bakteria yang disebarkan melalui makanan yang boleh melemahkan sistem imun ibu dan mengakibatkan kerosakan kepada janin.

Enjoy your pregnancy journey!

Add to cart : Prenatal Mama (click here!)

Semoga Bermanfaat 🙂

📍Nasuha SID 1286362 yang sah dan aktif
📍Konsultasi ikut bimbingan doktor, saintis dan pakar nutrisi.
📍Team berpengalaman 27 tahun dalam Shaklee.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *