Kata-Kata Motivasi Tentang Ujian Dalam Kehidupan
Anda perlukan kata-kata motivasi?
Percayalah motivasi yang terbaik adalah motivasi yang datang daripada diri sendiri.
Orang yang jelas dengan matlamat hidupnya tak perlu motivasi daripada orang lain. Dia sendiri boleh motivate dirinya sendiri tanpa mengharapkan motivasi orang lain.
Nasuha teringat kisah seorang ibu hebat yang Nasuha jumpa di hospital. Ibu ini diuji dengan anak yang ditahan ward sejak lahir dan berbulan-bulan di hospital lamanya dengan keadaan anak yang penuh wayar.
Sangat menyentuh hati sebab Nasuha sendiri nampak di depan mata. Biasanya kisah begini hanya ditonton melalui tv atau media social.
Kadang kita ni terlalu fikir ujian kita sudah hebat. Tapi kita tak sedar ramai lagi orang diluar sana yang diuji dengan pelbagai dugaan yang berganda hebat tapi berjaya mengharunginya dengan sabar.
MashaAllah hebat dan tabah sekali. Tahniah buat semua ibu yang hebat.
Nasuha rasa kagum dengan kekuatan yang Allah pinjamkan kepada seorang wanita bergelar ibu ini. MashaALLAH.
Sedangkan wanita ini secara fizikalnya memang lemah. Tetapi bukan hatinya. Hatinya sentiasa kuat demi orang-orang tersayang.
MashaAllah SubhanAllah hebat sungguh Allah jadikan tulang rusuk kiri ni kan?
Nasuha berkongsi cerita ini sebagai iktibar untuk diri sendiri dan semoga cerita ini membantu orang lain terutamanya wanita bahawa dunia ni memang tempat ujian dan beruntungnya bagi orang-orang yang sabar.
Sebabnya waktu pertama kali Nasuha tahu tentang anak sulung Nasuha, Umar Yusuf ada g6pd, Nasuha rasa sedih sangat sebab terkejut.
Bayangkan, pengalaman Nasuha bersalin untuk pertama kali dikejutkan dengan berita yang menyedihkan ini. Nasuha dan Umar terpaksa warded selama 5 hari. Sedangkan orang lain bersalin dah boleh balik hari esok.
Berita ini mengejutkan Nasuha memandangkan ini anak sulung Nasuha dan Nasuha baru sahaja bermula menjadi seorang ibu.
Setelah digali info, ternyata g6pd ni bukanlah penyakit serius. Seperti yang Nasuha nyatakan sebelum ini, Nasuha ibu pertama yang tiada pengalaman sebagai ibu menyebabkan Nasuha terlalu risau. Risau sebab Nasuha sangka g6pd ni satu penyakit yang serius.
Waktu itu pula Nasuha dapat tahu g6pd ni takkan hilang. Bertambah sedih dengar berita ini.
Alhamdulillah. Pengalaman menjadikan Nasuha lebih matang diusia muda. Nasuha berkahwin ketika masih diusia 21 tahun. Melahirkan Umar pada tahun seterusnya. Pengalaman dan moment yang indah mengandung dan melahirkan 🥰
Sekarang Umar sudah cecah 4 tahun. Dia sihat, aktif dan cerdas ja seperti kanak-kanak yang lain. Alhamdulillah.
Banyak perkara yang Nasuha belajar sejak bermulanya gelaran sebagai seorang ibu dan inilah salah satu motivasi hidup yang berharga.
Semua yang berlaku dalam hidup ini membuatkan Nasuha terdetik kesedaran bahawa ujian Nasuha ni kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih besar.
Bila teringat moment ibu hebat di hospital itu bertambah lagi kesedaran. Ibu hebat itu diuji dengan anaknya yang warded sejak lahir dan hospital seperti rumah. Ditahan selama berbulan-bulan disana.
Kerap kali ibu itu terjaga dari tidur untuk memeriksa keadaan anaknya. Tidur di hospital pula bukanlah selesa seperti di rumah.
Dari cerita ini memberi motivasi agar kita perlu tabah dalam menghadapi ujian dan sedar bahawa dunia bukanlah tempat asal kita.
Bersabarlah dan bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan untuk kita.
Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan ujian juga berita gembira bagi orang yang sabar. Allah uji tanda Allah masih sayangkan kita ❤️
Allah mencintai orang yang sabar.
Sebab itu orang yang sabar sentiasa mampu tersenyum saat diuji walaupun sebesar apa sekalipun ujian itu kerana dia tahu Allah sedang mempersiapkan ganjaran yang terbaik untuknya. Dia kuat kerana dia bergantung harap hanya kepada Allah.
Jangan cepat mengeluh atau berputus asa ketika diuji. Kadang kita mudah melatah.
“Kenapa aku diuji?” “Kenapa ujian ini berat sangat?” “Aku penat dengan ujian!”
Kita mula persoalkan takdir. Beruntungnya orang yang diuji kerana Allah sedang mempersiapkan ganjaran yang lebih besar untuknya. MashaALLAH.
Nasuha memang terharu melihat ketabahan para ibu yang mampu tersenyum ketika menghadapi ujian Allah yang melanda dirinya dengan tenang dan sabar.
Senyuman yang indah adalah senyuman yang terpancar daripada orang yang sabar. Hebat bukan? ❤️ MashaAllah TabarakAllah
Andai hari ni, ada diantara kita yang sedang diuji, percayalah Allah akan menggantikan ujian itu dengan ganjaran yang lebih besar kelak.
Dan kita akan sentiasa peroleh kebaikan jika kita terus menghadapinya dengan sabar dan bergantung hanya kepada Allah.
Bila sebut tentang sabar, Nasuha teringat kisah Nabi Nuh. Betapa sabarnya Nabi Nuh AS berdakwah mengajak kaumnya kembali kepada Allah.
Betapa sabarnya Nabi Nuh AS ketika diuji oleh isteri dan anaknya, bahkan dikhianati oleh mereka berdua.
Percayalah, Allah akan memberikan yang terbaik buat orang yang sabar.
Akan tiba waktunya yang tepat. Hanya Allah Maha Mengetahui. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Bersabarlah. Bertabahlah. Jangan pernah berputus asa. Disebalik ujian pasti ada kebahagiaan.
Pasti ada kesenangan. Allah sentiasa bersamamu ❤️
Dan andai hari ini kita sudah berjaya melalui fasa ujian, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang. Hargailah apa yang diberikan untuk kita. Gunakan nikmat yang Allah berikan dengan sebaik mungkin.
Allah itu Maha Adil. Dia memberi ujian kemudian Dia menggantikan ujian itu dengan hikmah yang mungkin kita tidak pernah jangka pun. MashaAllah.
Allah berfirman yang bermaksud :
Boleh juga baca entry KATA-KATA MOTIVASI Islam buat renungan.
Jemput follow channel Nasuha dibawah untuk update terkini 😍 :
✅ Facebook Page ✅ Instagram ✅ Youtube ✅ Facebook Personal ✅ Tiktok
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
One Comment