Idea Menu Makanan Sahur Yang Sihat Dan Berkhasiat
Haii tercari2 menu sihat sahur eh? Terjumpa pula entry ni kan! 🤭
Tahniahhh anda memang bijak! Anda buat pilihan yang tepat kerana memilih menu makanan SIHAT untuk SAHUR.
Pemakanan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa, lagi lagi pula pada bulan puasa. Biasa kita tengok orang puasa ni makin puasa makin banyak pula makan. AllahuAkbar. Ini bukan amalan yang Rasulullah ajarkan.
Amalan berpuasa baik untuk sistem imun tubuh kerana tidak mengambil makanan di siang hari, badan mampu bertindak membuang toksin. Situasi ini secara tidak langsung dapat merehatkan sistem penghadaman seketika daripada memproses makanan seperti hari kebiasaan.
Dan waktu berpuasa adalah waktu terbaik untuk badan detox secara semulajadi. Puasa juga membantu dalam proses penurunan berat badan dan peningkatan taraf kesihatan termasuk mencegah kencing manis dan mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki profil Lipid.
Selain itu, puasa dapat meningkatkan kesihatan mitokondria, pembaikan DNA dan autophagy, mendorong pertumbuhan semula sel stem dan juga kesan metabolik yang berpanjangan.
Secara umum, umat Islam di seluruh dunia berpuasa antara 13 hingga 21 jam. Dalam tempoh masa yang lama ini memerlukan persediaan yang mencukupi supaya ibadah berpuasa dapat dilaksanakan dengan baik.
Bersahur adalah amalan sangat dituntut dan seelok-eloknya melewatkan waktunya agar kita mendapat manfaat daripada makanan yang dimakan.
Dan Rasulullah sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah menyebutkan yang bermaksud :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mengapa Rasulullah menyifatkan sebagai sahur itu memiliki keberkatan?
Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Daqiq al-Aid menjelaskan bahawa keberkatan sahur itu boleh dibahagikan kepada dua aspek.
Dari aspek duniawinya sahur memberikan tenaga persiapan untuk orang yang berpuasa. Kata beliau :
“(Sahur) memberikan kekuatan badan buat yang berpuasa dan mempermudahkan urusan tubuh tanpa menggugat orang yang berpuasa”
Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jati diri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain.
Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud :
“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.”
(HR al-Nasa’i)
Elakkan makan sahur di tengah malam dan diikuti dengan tidur kerana boleh menyebabkan peningkatan berat badan selain ia tidak mengikut sunnah yang dituntut.
Tapi apa yang lebih seronok bila kita bersahur dengan menu sihat dan pastinya rasa bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa sehingga waktu berbuka.
Dan paling penting kita tetap bertenaga sehingga berbuka untuk menunaikan ibadah pada waktu malam seperti tarawih atau tahajud waktu sepertiga malam.
Jadi, apakah menu sihat yang kita boleh amalkan ketika sahur agar kita dapat kelebihan puasa dan kekal bertenaga?
Ada 3 jenis makanan untuk menu sahur sihat dan sesuai juga diambil ketika berbuka.
🌹Makanan Yang Kaya Protein
Makanan yang kaya protein melalui proses pencernaan yang perlahan, akan membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh yang lama.
Selain tu, makanan yang tinggi protein juga membantu dalam menstabilkan paras gula dalam darah.
Contoh makanan yang kaya dengan protein :
~ Telur
~ Ayam (tanpa kulit amat digalakkan)
~ Daging
~ Ikan
~ Protein tumbuhan seperti soya. Pastikan soya GMO ya
~ Yogurt
🌹Makanan Yang Kaya Lemak Sihat
Bukan semua makanan yang berlemak tu tak bagus untuk tubuh badan kita.
Makanan yang kaya dengan lemak sihat sangat diperlukan bagi memberikan tenaga, menggalakkan perkembangan sel dalam badan, melindungi organ, menghangatkan badan, menyerap nutrien dan menghasilkan hormon-hormon.
Contoh makanan yang kaya lemak sihat :
~ Avokado
~ Kelapa (Santan)
~ Buah zaitun
~ Kacang badam
~ Kacang walnut
~ Ikan salmon
Orang Malaysia ni takut sangat kan kalau dengar bab lemak. Tak semua lemak tu jahat.
Ramai orang fokus tentang lemak jahat ja sehingga lupa ramai kalangan kita yang kurang pengambilan lemak yang baik.
Kita selalu dimomokkan dengan lemak seperti santan tidak sihat. Hmmm sedihnyaa ditipu begini 😢
Penipuan Ancel Keys yang diangkat jadi guidelines kesihatan selama berpuluh tahun. Orang pun ramai2 tinggalkan santan, tinggalkan good fats. Tapi kolesterol tak turun2 jugak, dok static kat 5.9++
Anehnya, yang makan santan setiap kari nasi lemak etc. Yang hari2 makan good fats. Kolesterol 3.6 saja
Percayalah lagi Ancel Keys itu. Now ramai doktor2 dah dapat pencerahan
Santan is the best
Telur wajib hari2
Minyak baik untuk jantung hatiku
🌹 Makanan Yang Kaya Dengan Serat
Selain membantu dalam memberikan tenaga yang berpanjangan, makanan berserat tinggi juga boleh menggalakkan pencernaan, meningkatkan daya tumpuan, dan memulihkan rasa pedih ulu hati.
Contoh makanan berserat tinggi yang amat digalakkan masa bersahur:
~ Barli
~ Oat
~ Broccoli
~ Mushrooms
~ Pisang
🌹 Makanan Yang Tinggi Kandungan Air
Dehidrasi dan keletihan ialah benda yang biasa terjadi ketika berpuasa, jadi banyakkan makan makanan yang tinggi kandungan air, contohnya seperti:
~ Timun
~ Tomato
~ Saderi
~ Ubi keledek
🌹Makanan Yang Tinggi Antioksidan
Antioksidan penting dalam melindungi sel-sel dalam badan.
Contoh makanan yang kaya dengan antioksidan dan sesuai dimakan masa sahur ialah:
~ Anggur Muscadine
~ Strawberi
~ Bayam
~ Walnuts
~ Turmeric
Buah kering boleh diambil sebagai hidangan pencuci mulut setelah anda selesai sahur atau berbuka. Antara buah-buahan kering yang sangat bagus dimakan ialah kurma, kismis, kiwi dan plum.
Sunnah makan kurma ketika sahur sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).”
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2345. Shahih Ibnu Hibban, no. 3475
Sunnah bersahur walaupun hanya dengan kurma kering mahupun seteguk air.
Kurma kaya dengan potasium dan beberapa zat galian yang lain. Potasium adalah elektrolit yang akan seimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutamanya sepanjang bulan Ramadhan.
Jom mulakan tabiat makan makanan yang menyihatkan masa sahur dan tak lupa berbuka puasa juga dengan makanan yang menyihatkan.
Elakkan makanan fast foods, minuman yang manis atau minuman yang boleh menyebabkan dehidrasi. Inilah punca menyebabkan kita tak dapat kelebihan puasa iaitu detox semulajadi.
Dan bestnya semua nutrisi ni ada juga anda boleh dapatkan dalam Set Puasa Shaklee. Sangat mudah dan cepat!
Set Puasa Shaklee
➡️ Vivix
Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.
Vivix kaya antioksidan. Antioksidan penting dalam melindungi sel-sel dalam badan.
Vivix naikkan metabolisme, tingkatkan penghasilan tenaga dari makanan yg kita makan. Kalau dulu kadar energy 10%, lepas Vivix energy naik jadi 90%.
➡️ Cinch Shake
Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan sepanjang terutamanya proses menurunkan berat badan. Ia memiliki protein yang lengkap dengan 20 multivitamin, kalsium, leucine dan serat.
Terdapat tiga perisa Cinch iaitu Latte, Vanilla dan Chocolate. Cinch Shake Shaklee tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tambahan.
Selepas ambil Cinch Shake, kita rasa kenyang, jadi tidak perlu ambil makanan lain seperti nasi, mee, roti dan sebagainya. Ambil ketika sahur akan rasa berpuas hati dan lebih kenyang sepanjang berpuasa!
Mengandungi leucine untuk mengekalkan otot tanpa lemak bagi mencapai berat badan yang lebih sihat.Jadi, tak perlu risau badan dah kurus tapi menggeleber pulak kan. In shaa Allah, bonus tambahan dapat kurus sebelum raya😍
➡️ ESP
ESP mempunyai nilai Glisemik Indeks (GI) yang rendah iaitu 39 sahaja (gula dalam darah tidak meningkat mendadak).
Jadi, ESP dapat beri kesan kenyang dan bertenaga lebih lama. Membantu untuk elakkan gastrik juga.
➡️ Performance Drink
Performance Drinks (PD) adalah minuman seperti isotonik tetapi tak ada gas atau gula tambahan atau gula tiruan.
PD bagus untuk mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. PD bantu seimbangkan proses kehilangan air dalam badan so that badan kekal rasa segar and dapat lah mengurangkan rasa dahaga.
Digalakkan juga ambil ketika berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
Ada 2 jenis perisa untuk Performance Drink iaitu Lemon Lime dan Orange
Bagi yang busy atau malas masak atau nak sahur cepat dan mudah disediakan, tak perlu risau nak masak dah. Anda juga boleh cuba menu sihat yang cepat dan mudah dengan Set Puasa Shaklee. Set Puasa Shaklee ini juga membantu melengkapkan nutrisi harian anda ketika berpuasa.
Bila sihat, lagi mudah beribadah dan emosi pun mood baik kan.
Sesuai sangat untuk surirumah, orang yang bekerja dan orang yang busy uruskan aktiviti harian yang inginkan menu simple yang berkhasiat ketika sahur.
Nak dapatkan set puasa Shaklee ni?
⬇️ Boleh terus klik dibawah tau ⬇️
>>>http://www.wasap.my/+601156222593/naksetpuasashaklee<<<
Nasuha guide cara makan special ikut bimbingan doktor dan saintis 🤗
Jemput follow medsos Nasuha dibawah 😍 :
✅ Youtube
✅ Tiktok
Jangan lupa LIKE & FOLLOW ya agar tak ketinggalan untuk lebih banyak info menarik 😍
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
Sedapnye bersahur dengan Esp. Terima kasih perkongsian sis.
Great info! Thank you dear. 😍