Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan Sebagai Pelindung Dari Fitnah Akhir Zaman

Antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah apabila wanita sudah tidak mengikut syariat agama yang ditetapkan, bahkan lebih mengutamakan fesyen yang terkeluar daripada adab dan tatasusila yang diterapkan Islam.

Ramai wanita mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat sehingga menampakkan perhiasan, rambut dan bahagian yang sepatutnya ditutup. Perkara ini mula berkembang dengan pantas apabila portal pembelian dalam talian mengeluarkan fesyen terkini yang nyata terkeluar daripada syariat Islam.

Perkara ini dinyatakan Nabi SAW mengenai perilaku manusia akhir zaman khususnya wanita apabila membabitkan pemakaian mereka.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Pada umatku yang akan datang ini, akan ada orang lelaki yang naik pelana kuda yang menyerupai pelana unta, lalu turun di pintu-pintu masjid. Wanita mereka berpakaian, tetapi telanjang, rambut kepala mereka bagaikan bonggol unta yang tinggi. Laknatlah mereka kerana mereka ialah wanita terlaknat. Kalau di belakangmu (sesudahmu) nanti masih ada umat lain, nescaya wanita kamu akan melayani wanita mereka sebagaimana dahulu kamu dilayani oleh wanita bangsa sebelum kamu.

(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Hadith no 7083, Fath al-Bari: 6/320)

Hadis  ini jelas menunjukkan bagaimana keadaan wanita akhir zaman berpakaian sehingga setiap jenis fesyen yang dikenakakan pasti akan menarik mata-mata (lelaki) untuk melihatnya.

Jika fesyen yang dikenakan mengikut syariat Islam, maka tiada apa yang ingin digusarkan. Islam tidak melarang umatnya untuk berhias, namun apabila melampaui batas perkara ini ditegah oleh Nabi SAW.

Dalam hadis  lain, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum aku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian, tetapi telanjang yang berlenggang-lenggok dan condong, rambutnya seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sejauh ini dan ini.” (Hadis  Riwayat Imam Muslim)

Selain itu, tanda-tanda akhir zaman dan kiamat semakin dekat adalah dengan kehadiran Dajjal.

Seperti yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Dajjal diketahui akan menyebarkan fitnah di muka bumi.

Dajjal adalah fitnah terbesar yang akan dihadapi oleh manusia akhir zaman. Rasulullah SAW berkali-kali memperingatkan umatnya agar mempersiapkan diri untuk menghadapi fitnah Dajjal.

Dajjal memiliki kemampuan yang hebat untuk menipu manusia. Digambarkan ia mampu menghidupkan orang mati, menurunkan hujan, menumbuhkan tanaman, membawa makanan dan minuman kepada orang sedang kelaparan dan banyak lagi.

Bagi mereka yang tidak teguh imannya dengan mudah menjadi pengikut dajjal dan ketika itu mereka dalam kesesatan hingga ke hari kiamat.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, ada disebut kaum wanita merupakan pengikut dajjal paling besar.

Kebanyakan wanita yang mengikut Dajjal kerana tergoda dengan syahwat dunia dan tidak mendahulukan akalnya sebagaimana golongan lelaki.

“Kebanyakan pengikut Dajjal, adalah orang Yahudi dan kaum wanita” Hadis Riwayat Ahmad

Selain golongan wanita, pengikut dajjal terdiri dari kaum Yahudi, bangsa Turki, bukan bangsa Arab dan ramai lagi.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda,

“Yang mengikuti Dajjal adalah orang Yahudi dari Ashbahan (Iran) dan jumlahnya ada 70.000 orang dan mereka memakai thilsan (yang menutup pundak dan badan)”

Hadis Riwayat Muslim no. 2944

“Kekuasaan Dajjal merebak ke seluruh kota besar dunia dengan sangat cepat. Tiada yang terselamat daripada tentera selain Makkah dan Madinah. Seluruh dunia pada masa itu diselubungi dengan ketakutan”

Rasulullah SAW bersabda: “Semua manusia akan melarikan diri daripada Dajjal ke puncak-puncak gunung.” Hadis Riwayat Muslim

Berikut Merupakan DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA Amalkan Sebagai Persediaan Akhir Zaman.

1. Doa Terhindar dari Fitnah Dajjal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Allahumma inni audzubika min ‘adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa neraka jahanam, dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan fitnah al-masikh ad-Dajjal.” (HR Muslim)

Doa ini terdapat dalam satu hadis riwayat Imam Muslim. Rasulullah mengajar kita untuk membaca doa ini sebelum memberi salam selepas membaca bacaan tahiyat akhir.

Selepas “fil a’lamin innaka hamidum majid..” Maka, sambunglah dengan doa di atas “Allahumma inna a’uzubika minal azabi jahannam..” Selepas selepas membaca doa di atas, berilah salam seperti biasa tanda selesai solat.

Doa ini Rasulullah ajar khusus untuk menghindarkan kita daripada fitnah Dajjal di akhir zaman.

2. Doa Terhindar Daripada Musibah

اللهـم ادفع عنا الغلاء والبلاء والوباء والفحشاء والمنكر والشيوف المختلفة والشدائد والمحن ما ظهر منها وما بطن من بلدنا هذا خاصة ومن بلدان المسلمين عامة إنك على كل شيئ قدير

Allaahummadfa’ ‘annal ghalaa-a, wal balaa-a, wal wabaa-a, wal fahsyaa-a, wal munkara, was-suyuufal mukhtalifata, wasy-syadaa-ida, wal mihana maa zhahara minhaa, wa maa baathana min baladinaa haadzaaa khaassatan, wa min buldaanil muslimiina’aammatan. Innaka’alaa kulli syai’in qadiir

Maksudnya : “Ya Allah, hindarkanlah kami daripada malapetaka, bala dan bencana, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka. kekejaman dan peperangan, yang tampak dan tersembunyi dalam negara kami khususnya, dan dalam negara kaum muslimin umumnya. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

3. Doa Mohon Kebaikan Dunia dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanā, ātinā fid dunyā hasanah, wa fil ākhirati hasanah, wa qinā ‘adzāban nār

Maksudnya : “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.”

4. Doa agar Tidak Dihinakan Ketika Hari Kiamat

وَلَا تُخْزِنِيْ يَوْمَ يُبْعَثُوْنَۙ يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَّلَا بَنُوْنَ ۙ اِلَّا مَنْ اَتَى اللّٰهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ ۗ

Wa lā tukhzinī yauma yub’aṡụn Yauma lā yanfa’u māluw wa lā banụn Illā man atallāha biqalbin salīm

Maksudnya : “Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”

(QS Asy-Syu’ara: 87-89)

5. Doa Mohon Perlindungan Daripada Kejahatan Orang Zalim dan Kafir

Doa memohon perlindungan dari orang zalim termaktub dalam Al-Qur’an surah Al-Mu’minun ayat 94:

رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِى فِى ٱلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

Rabbi fa lā taj’alnī fil-qaumiẓ-ẓālimīn

Artinya: “Ya Tuhanku, maka janganlah Engkau jadikan aku berada di antara orang-orang yang zalim.”

Selain itu, doa mohon perlindungan dari kejahatan orang zalim dan kafir juga termaktub dalam surah Al Mumtahanah ayat 5:

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِيْنَ كَفَرُوْا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَاۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

Rabbanā lā taj’alnā fitnatal lillażīna kafarụ wagfir lanā rabbanā, innaka antal-‘azīzul-ḥakīm

Maksudnya : “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.”

Dalam satu hadits turut disebutkan, Rasulullah SAW berdoa agar dilindungi dari pemimpin yang zalim dengan bacaan sebagai berikut :

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ هَذِهِ أُمَّتِي شَيْئاً فَرَفَقَ بِهِمْ، فَارْفُقْ بِهِ. وَمَنْ شَقَّ عَلَيْهَا فَاشْفُقْ عَلَيْهِ. رواه مسلم

Maksudnya : “Ya Allah, siapa saja yang memimpin (mengurus) urusan umatku ini, yang kemudian ia menyayangi mereka, maka sayangilah dia. Dan siapa saja yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia.” (HR Muslim)

6. Menghafal 10 Ayat Awal dan 10 Ayat Akhir Surah al-Kahfi

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Riwayat Muslim)

Terdapat riwayat lain juga Rasulullah bersabda:

Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah Al-Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal. (Riwayat Abu Daud)

Jika dikompromikan dua riwayat hadis di atas, hendaklah kita menghafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah al-Kahfi untuk mengelak daripada fitnah Dajjal. Selepas itu, bacalah hafalan tersebut dengan jadikan ia sebagai rutin kita. Lagi-lagi, pada hari khamis malam Jumaat atau hari Jumaat.

Jom beramal!

Semoga kita terpelihara dan dijauhkan dari fitnah dajjal, fitnah akhir zaman serta diberi keselamatan dunia dan akhirat.

Semoga kita dalam golongan wanita yang masuk ke dalam syurgaNya.

Aamiin ya Allah

Terima kasih kerana sudi singgah blog Nasuha 🥰

Jemput Follow :

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *