|

Apa Itu Intermittent Fasting Dan Cara Diet IF

Biasa dengar kan orang duk sebut IF ni. Tapi masih keliru atau masih belum tahu apa itu IF ?
Intermittent Fasting atau dikenali dengan nama pendek IF adalah satu kaedah yang digunakan dengan mengatur waktu makan untuk tujuan kesihatan. 

Biasanya diet lain lebih fokus kepada pengaturan makanan tapi dengan cara diet intermittent fasting (IF) pula lebih menumpukan bila anda perlu makan.

Dan konsep diet lain biasanya agak membebankan bagi sesetengah pihak kerana memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti.

Melalui cara IF, kita hanya akan makan ikut waktu tertentu sahaja. Selain dari waktu makan tu, kenalah berpuasa. Hihi. Macam mudah ja kan?

Sebab itu, ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.

Dan dalam erti kata lain mudah ja IF ni. Takda menu makanan yang spesifik. Boleh ja nak makan sedap2 tapi kena ikut waktunya dan ikut juga apa makanan yang membantu untuk IF. Untuk mulkan langkah terbaik, kita perlulah dapat guidance yang betul. Barulah menjadi IF kita nanti 😍

Ada beberapa cara dan jenis intermittent fasting yang boleh kita amalkan.Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan kita. Setiap orang pun berbeza keadaan badan masing-masing kan. 


Tedapat beberapa jenis intermittent fasting :



1. Overnight fasting


Cara IF ini lebih kurang mirip kepada cara yang biasa anda berpuasa pada bulan Ramadan.
Anda perlu berpuasa at least 12 jam.

Cara ini paling sesuai untuk mereka yang baru nak mula atau baru berjinak-jinak dengan IF. Cara IF ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.

2. Time-restricted fasting


Cara ini juga lebih mirip dengan kaedah yang pertama tadi, cuma waktunya lebih lama.
Melalui cara ini, anda tak boleh makan atau erti kata lain kena berpuasa dalam tempoh 14-16 jam.

3. Whole day fasting


Whole day fasting pula bermaksud anda perlu IF sehari selama 24jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari.


Mungkin agak mencabar untuk dilakukan, tetapi percayalah anda mampu kerana ramai yang dah berjaya.


4. Alternate Day Fasting

Ia dikenali puasa selang sehari. Contohnya anda berpuasa pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad, Selasa, Khamis dan seterusnya. Pada hari yang ditetapkan berpuasa, anda hanya boleh makan dan minum dengan jumlah maksima 500-600 kalori sahaja.

5. 5:2 Fasting
5:2 Fasting atau puasa dengan ratio 5:2. Jika mengikut cara ini, anda hanya akan berpuasa berpuasa 2 hari sahaja dalam 1 minggu.
Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Sama seperti kaedah puasa hari berselang-seli, anda hanya boleh makan dan minum sebanyak 500-600 kalori pada hari anda berpuasa.
6.Skipping Meals Fasting
Ia dikenali puasa melangkau waktu malam. Bagi teknik ini anda perlu meninggalkan beberapa waktu makan. Sebagai contoh anda tidak mengambil sarapan, namun memilih untuk makan tengah hari, kemudian tidak mengambil makan malam.
Cara ini hanya berhasil sekiranya makanan tengah hari anda tidak melebihi kuantiti kebiasaan atau dalam kata lain elakkan binge eating.
7. Choose-Your-Day Fasting
IF ni dikategorikan sebagai kaedah yang paling ringan. Jika anda mengamalkan Choose-Your-Day Fasting atau puasa hari pilihan sendiri, anda bebas memilih untuk berpuasa pada hari yang anda mahu. Tidak ada syarat yang khusus, anda hanya digalakkan untuk berpuasa mengikut garis panduan umum.
Jumlah hari dan waktu adalah fleksibel mengikut kemampuan anda. So tak perlu stress2 enjoy ja hihi
Jadi pilihlah cara IF yang anda mahu yang sesuai dengan anda.

So far dah jelas kan serba sedikit info ringkas mengenai Intermittent Fasting ni. Yang mana pilihan anda? Anda tentukan.😍

Jadi, setiap orang situasinya berbeza. Keadaan badan kita juga berbeza. Dan janganlah kita samakan diri kita dengan orang lain. Ada orang cepat ja turun berat badan. Ada orang lambat tapi still ada progress. So semuanya bergantung “keadaan” masing-masing.

So fokus utama buat Intermittent Fasting bukan semata2 kurus tapi ubah lifestyle kita juga kepada gaya hidup sihat untuk kesihatan fizikal dan mental untuk melakukan aktiviti dan ibadah harian 😍

Dan banyak lagi kelebhan IF ni bukan semata-mata untuk kurus sahaja. Jadi apa yng penting fokus secara keseluruhan bukan untuk kurus sahaja tapi kesihatan yang baik. Buat apa kurus tapi tak sihat kan? 

Dan in shaa Allah dengan cara IF ni boleh menjadi salah satu ikhtiar untuk kurus secara sihat. Ramai dah berjaya. Alhamdulillah.

Terima kasih sudi singgah dan baca entry saya sampai ke penghujungnya.

Selain entry saya, boleh baca lagi info mengenai Intermittent Fasting atau IF ni di >>> Intermittent Fasting <<<

Jemput follow channel medsos Nasuha dibawah 🤗 :

Jangan lupa LIKE & FOLLOW ya agar tak ketinggalan untuk info lanjut nutrition dan kesihatan yang terkini 😍

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Similar Posts

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *