8 Tips Travel Bersama Anak Kecil
Assalamualaikum. Entry kali khas untuk parents yang nak travel dengan anak-anak yang masih kecil atau baby.
Buat parents yang mungkin masih pening kepala dan risau untuk pergi bercuti bersama si comel tersayang, cuba tenang ya.
Meskipun ada yang mengatakan pergi bercuti dengan baby ini adalah sangat melecehkan namun itu semuanya tidak 100% benar!

Ya betul, Nasuha setuju yang baby ini sukar untuk kita jangka tetapi sekiranya kita dari awal sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kerenahnya maka sudah pasti semuanya dapat diatasi dengan baik dan bijak tanpa merosakkan travel anda.
Sebenarnya, bawa anak kecil travel ni tidaklah seteruk yang anda sangkakan. Jika anda rancang dengan teliti percutian anda dan melakukan persediaan yang rapi In shaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja.
Jom Check TIPS TRAVEL Bersama Anak Kecil
1) Latihan Percutian
Sebelum bercuti ke tempat yang jauh, anda boleh cuba destinasi yang paling dekat dengan anda untuk melihat kesediaan anak anda dalam menghadapi perjalanan seperti naik kereta, bas, train, atau kapal terbang.
Melalui latihan ini parents akan nampak apa yang perlu dan tidak perlu untuk anda lakukan ketika bercuti bersama anak anda.
2) Persediaan Awal
Parents kena awal dalam melakukan segala perkara. Awal merancang dan awal mengemas.
Anda mesti rancang betul-betul iternari anda. Maksudnya anda perlu memilih tempat dan musim yang sesuai.
Kemudahan di tempat penginapan juga harus diambil kira. Jika anda bercadang untuk menginap di hotel atau homestay, pastikan anda ketahui beberapa aspek tentang hotel anda. Adakah hotel anda menyediakan kemudahan dan keperluan untuk anak kecil?
Ingat, anda bukan travel secara solo ataupun dengan partner sahaja, anda travel dengan anak kecil. Semuanya perlu persediaan awal dan rapi.
3) Packing Barang Yang Lengkap Untuk Anak Anda
Apabila membawa bayi bersama, pastinya perlu lebih banyak barang berbanding melancong berdua agar anda dan si kecil dapat menikmati travel dengan selesa.
Buat list barangan yang perlu dibawa agar tidak terlupa terutamanya baju, pampers, tisu dan susu supaya bayi anda tidak meragam. Boleh skip susu sekiranya anda fully breastfeeding.
Nasuha memang sediakan extra baju, pampers anak-anak ketika travel kerana kita tak boleh jangka perkara yang akan berlaku.
Contohnya, bila-bila masa ja anak membuang lima enam kali sehari. Kadang bila anak berak, seluar berbau sudah kena tukar baru. Belum kira lagi anak muntah, baju kotor selepas makan dan sebagainya.
Biar bawak lebih, jangan kurang. Haru biru jadinya kalau ada barang baby yang tak cukup.
4) Bawa Stroller Atau Baby Carrier
Baby carrier dan stroller adalah pembantu yang paling baik ketika travel. Cuba dapatkan stroller yang compact, mesra travel, ringan dan tahan lasak. Kalau kereta penuh boleh bawa baby carrier sahaja pun dah okay.

Benda ini akan memberi kemudahan kepada parents dan keselesaan untuk anak. Parents tak perlu dukung anak sepanjang masa. Tak lengun tangan!
5) Pilih Waktu Yang Sesuai
Sebelum bertolak niat bermusafir kerana Allah. Tak kisahlah anda naik bas, train, kereta atau kapal terbang, waktu yang lebih sesuai untuk anda bertolak adalah pada waktu malam atau lewat petang kerana waktu ni anak-anak biasanya tidur. Waktu ini, tenaga anak untuk lasak juga sudah berkurangan.
Tetapi sekiranya anda ada masalah untuk memandu pada waktu malam maka anda boleh pilih untuk bertolak selepas subuh. Seronok juga travel waktu pagi sambil menikmati keindahan matahari yang mula terbit. Udara waktu ni juga sangat best!
Kenal pasti juga berapa jam perjalanan yang akan ditempuh. Hal ini membantu untuk anda merancang untuk berhenti berehat, solat, makan atau mandikan anak-anak terutamanya bayi yang masih memakai pampers atau anak yang kerap membuang air kecil ketika perjalanan jauh.
6) Bawa Supplement & First Aid
Perkara ni JANGAN terlepas pandang! Anak kena sihat, parents lagi kena sihat sepanjang travel.
Sediakan beberapa jenis supplement, minyak angin, minyak aromaterapi, krim herbalblend atau ubat-ubatan yang sesuai sebagai persediaan bermusafir.

Bila travel apa yang merisaukan jika anak terjatuh, demam atau sakit perut. Ketahanan badan anak kecil dan orang dewasa berbeza. Kesejukan dalam bas, kereta atau flight boleh mempengaruhi kesihatan anak.
Keluar masuk dari kawasan berhawa dingin juga mempengaruhi. Kepenatan berjalan juga salah satu faktor penyumbang kepada kesihatan anak. Jauhkan anak dari kawasan asap bas atau asap rokok.
Keperluan supplement juga bukan hanya untuk anak tetapi untuk anda parents yang inginkan extra energy terutamanya jika anda drive sendiri dan sebagai ikhtiar sihat sepanjang percutian anda.
7) Bawa Mainan Elak Anak Bosan
Fitrah anak kecil yang suka bermain. Bila travel akan ada masa lapang yang menyebabkan anak anda bosan. Kadang keadaan bosan menyebabkan anak mula meragam.
So standby siap-siap mainan kesukaan anak anda atau buku mewarna supaya ada aktiviti yang membuatkan anak ralit dan masanya terisi.

8) Hargai Moment Percutian Anda!
Membawa anak kecil tak dinafikan memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya ketika anak menangis dan meragam tanpa sebab sehingga orang sekeliling kurang selesa malah anda mungkin jadi panik.
Sebaiknya cuba bertenang serta anggaplah ia sebahagian daripada pengalaman membesarkan anak-anak.
Enjoy percutian anda dan jangan tertekan jika perkara yang tidak diduga berlaku! Percayalah, ia akan tetap berlaku jadi hadapilah dengan tabah.

So ini hasilnya! 😀
Walaupun ada dugaan yang mungkin ditempuh, sememangnya travel dengan anak kecil terutamanya baby ni akan memberikan pengalaman manis dan berharga buat parents!
Inilah waktu untuk spend time dengan keluarga kan. So jadikan ia sebagai moment dan kenangan yang bermakna.

Semoga perkongsian Nasuha memberi manfaat buat anda yang nak travel dengan kids or baby!
Jemput Follow Medsos Nasuha Di Bawah :
- Facebook Page : Pengedar Shaklee COD Sungai Petani
- Instagram : @shaklee.sungai.petani.
cod
- Youtube : @SuciNasuha
- Facebook Personal : Suci Nasuha
- Tiktok : @sucinasuha
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
One Comment