6 Tips Pengurusan Kerja Dari Rumah Tanpa Stress
Zaman sekarang semakin ramai yang bekerja dari rumah. Isteri yang bergelar seorang ibu pun turut bekerja dari rumah dan tidak dinafikan pasti ada dalam kalangan para ibu yang mempunyai anak yang masih kecil berdepan dengan cabaran tersendiri.
Wanita zaman kini berperanan lebih daripada seorang superwoman. Menguruskan keluarga, mengatur rumah, bekerja, semuanya harus dilakukan dalam satu masa! Bekerja dari rumah pun penat juga ya jika masih uruskan anak-anak kecil atau anak-anak yang masih bersekolah.
Nasuha sendiri merupakan seorang ibu berbisnes dari rumah sambil menguruskan anak-anak yang masih kecil. Nasuha sangat faham keadaan tersebut.
Jadi, Nasuha ingin kongsikan beberapa tips untuk para ibu yang perlu yang bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama menguruskan si kecil di rumah:
1. Minta Kerjasama Dengan Suami
Sekiranya anda dan suami bekerja dari rumah, tidak ada salahnya untuk meminta suami bersama-sama menjaga si kecil yang mungkin perlukan perhatian lebih daripada kedua ibu bapanya.
Jika suami anda bekerja diluar. Anda boleh uruskan masa merancang dengan suami untuk bergilir-gilir menjaga anak.
2. Sediakan Ruang Bekerja Yang Kondusif
Perkara ini penting kerana kadang-kala anda perlu menghadiri mesyuarat atau meeting secara online, sudah pasti tidak mahu ada gangguan daripada si kecil. Jadi, anda boleh sediakan bilik khas atau ruang khas untuk anda bekerja dan memaklumkan kepada anak, anda tidak boleh diganggu dalam tempoh masa tertentu kecuali kecemasan.
Anda boleh juga mewujudkan ruang zon bebas tekanan bagi membantu fokus. Jika tiada bilik berasingan, cari ruang yang mempunyai pergerakan ahli rumah yang minimum atau sudut bilik.
Anda boleh minta bantuan suami untuk luangkan masa dengan anak-anak supaya masa anak-anak terisi dengan ayah mereka dan tidak menganggu anda. Penting kerjasama anda dengan suami agar boleh saling membantu antara satu sama lain.
3. Sediakan Jadual Harian
Meskipun bekerja dari rumah, bagi si ibu kadang-kala perlu menguruskan hal membabitkan kerja-kerja rumah yang mungkin menyebabkan anda tidak dapat memberi fokus kepada kerja yang sudah ditugaskan.
Jadi, sediakan satu jadual dan ikut jadual berkenaan dari segi memasak, membasuh pakaian dan tempoh waktu berkerja.
Perkara ini dapat membantu anda untuk mengelakkan kelam kabut bagi menguruskan hal rumahtangga dan kerjaya.
4. Didik Anak Untuk Memahami Diri Anda
Kanak-kanak sebenarnya jika diasuh dengan cara berkomunikasi dengan baik, mereka pasti memahami tugas ibu bapa mereka.
Gunakan gaya pendidikan kanak-kanak dengan betul terutama dari segi berkomunikasi supaya anda memahami kehendak si anak dan anak juga dapat mengetahui tugas atau kerja anda.
Berkomunikasi dan terangkan kepada anak-anak tentang kerja anda.
5. Pastikan Anak Mempunyai Aktiviti Di Rumah
Jika anda hanya membiarkan si kecil hanya membuat suatu perkara sahaja mereka pastinya akan bosan.
Anda boleh mempelbagaikan aktiviti untuk anak ketika di rumah seperti membaca, melukis atau bermain alat permainan yang dapat menguji kepintaran minda mereka.
Sekiranya mereka berjaya melakukan aktiviti yang dilakukan, ucapkan tahniah atau berikan ganjaran tanda anda menghargai usaha mereka.
Dalam masa yang sama, membantu anda juga agar tidak diganggu ketika bekerja.
6. Tetapkan Waktu Rehat Atau “Me Time”
Dalam seminggu pastikan ada waktu untuk anda berehat. Ini penting agar anda dapat tenangkan minda dan rehatkan badan anda setelah penat bekerja, uruskan rumah dan anak-anak setiap hari.
Rehat tak semestinya ambil masa berhari-hari. Kalau dapat berehat atau me time sekejap selama sejam pun dah okay sangat.
Anda juga perlu pastikan anak-anak tidur diawal waktu kerana hal ini membantu anda juga untuk tidur awal agar keesokan harinya anda rasa lebih bertenaga dan segar.
Semoga tips diatas membantu untuk anda para ibu yang KERJA DARI RUMAH dengan tenang dan berjaya urus anak-anak dengan baik. In shaa Allah. 🙂