14 Tips Kekal Kurus Sihat Di Hari Raya Dengan Shaklee
Tips 1 : Jangan Tak Beraya Pulak!
Setelah berpuasa selama 30 hari, umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda syukur dan hari kemenangan. Inilah masanya kita beraya bersama keluarga dan kawan-kawan di hari raya.
Raya adalah waktu yang sesuai untuk berkumpul dan berukhwah setelah lama tidak berjumpa.
Tiada masalah untuk makan di hari raya tapi kawal la makan, jangan berlebihan. Makan tu biar berpada-pada. Bukan sumbat itu is
Nikmati hidangan hari raya dalam kesederhanaan. Jangan beraya sepanjang 30 hari pulak! Ya, memang beraya dikira dalam bulan Syawal tapi itu tidak bererti anda kena makan tanpa batas setiap hari.
Selepas reward diri pada 1-2 raya pertama, pastikan anda lebih prihatin dengan pilihan makanan & minuman apabila berkunjung ke rumah-rumah terbuka.
Tips 2 : Jangan Makan Berlebihan
Makanlah secara perlahan-lahan atau tetapkan saiz hidangan makanan supaya tidak makan
berlebihan. Jaga portion makanan yang diambil. Seperti sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang.
Apabila mengunjungi rumah terbuka, tuan rumah akan sentiasa meminta anda tambah, tambah dan tambah lagi. Lagi-lagi kalau anda luangkan beberapa jam di rumah mereka.
Makan secara perlahan-lahan, berhenti seketika. Ini akan memuaskan hati tuan rumah.
Hari raya atau Aidilfitri adalah hari meraikan kemenangan melawan dan mendidik nafsu.
Sambung didikan berpuasa di bulan Ramadan, ikut panduan dan ajaran Al-Quran yang menyeru kita bersederhana dan penuh kesyukuran meraikan Aidilfitri.
Tips 3 : Bersarapan Dengan Menu Sihat Dan Seimbang Terlebih Dahulu
Buat apa nak sarapan pula? Nantikan dah nak makan banyak lagi?
Sarapan adalah waktu makan yang paling penting. Ia menyediakan perut kita supaya kenyang jadi secara tak langsung ia membantu kawal nafsu dan kurangkan portion makanan kita.
Ini penting lagi-lagi apabila anda dalam perjalanan balik kampung atau di lebuhraya.
Tips 4 : Jangan Mulakan Dengan Desert/Manisan!
Sentiasa bermula dengan hidangan seimbang (real food not processed food) terlebih dahulu sebelum memakan kuih atau biskut raya.
Dengan kaedah ini, pastikan adanya khasiat yang baik sebelum memakan kalori yang kurang baik. Ingat, keserderhanaan itu penting.
Tips 5 : Kawal Pengambilan Biskut Raya
Biskut raya memang menarik perhatian! Pelbagai bentuk, warna, gubahan dan rasa 😍
Takkan tak makan langsung kan? Yang penting adalah kawalan jumlah kuantiti biskut yang penuh dengan gluten + gula ringkas berlebihan.
Contoh kira-kira:
1x biskut raya mengandungi 40 kalori, kalau makan 10 dah 400kcal. Itu baru satu rumah.
Kalau 50 rumah berbuka sepanjang bulan Syawal, itu dah 20,000kcal atau 2.6kg! 😱
Tips 6 : Konsep 10:20 hari
Ini berbalik kepada konsep reward diri di hari raya. Pilih 10 hari pertama sahaja untuk reward diri (biasa 2-3 hari pertama raya sahaja dan hujung minggu yang biasanya penuh dengan rumah terbuka).
20 hari yang baki bulan Syawal, biarlah hari yang pentingkan pilihan makanan dan gaya hidup yang lebih sihat 👌
Tips 7 : Kata “Cukuplah.. Dah Kenyang”
Sebagai tetamu, kita sering tertekan untuk mencuba segala juadah dan kuih yang disediakan. Tapi sebenarnya tak perlu makan semua yang ada.
Beberapa tips :
- Tanya tuan rumah tentang jumlah bilangan lauk yang bakal dihidangkan. Ini membolehkan anda pelan dan bajet jumlah pengambilan untuk setiap hidangan.
Jangan lupa tanya tentang pencuci mulut. Kalau ada, kena bajet jugak tu.
- Kata “Cukup”. Kalau anda rasa sudah puas dan cukup dengan jumlah pengambilan lauk yang dihidangkan, tak salah kita berkata “cukuplah dah kenyang”
Tips 8 : Minum Air Kosong
Keistimewaan dan keenakan hari raya terletak pada makanan asli seperti ketupat, lemang dll dan bukan pada minuman yang berwarna warni tinggi gula dan perasa.
Untuk elak pembaziran kalori daripada minuman, minumlah air kosong atau minum-minuman yang tidak berkalori seperti kopi o kosong, teh o kosong, teh hijau dll.
Tips 9 : Ingat Protein!
Nasuha yakin bahawa 99% rumah terbuka akan ada hidangan rendang daging yang merupakan sumber protein yang baik.
Tapi tak semestinya hanya dari rendang sahaja. Yang penting cuba lebihkan pengambilan protein apabila mengunjungi rumah rumah terbuka.
Kenapa?
- Protein itu lebih mengenyangkan.
- Dalam banyak-banyak makanan lazat hari raya, mostly makanan berkarbohidrat (lemang, ketupat, biskut/tepung, kek, kuih etc)
>>>Dapatkan Esp Shaklee Disini<<<
Tips 10 : Senaman Di Rumah Terbuka!
Macam mana tu? Kalau makanan itu sumber tenaga, kita perlu mencari jalan untuk membuang tenaga berkenaan supaya ia tidak disimpan sebagai lemak.
Di sini, cubalah amalkan “senaman-senaman” berikut untuk membakar sebanyak kalori yang mungkin:
- Berjalan keliling rumah.
- Berdiri semasa bersosial dengan tetamu.
- Bermainlah dengan kanak-kanak kecil.
- Park kereta anda jauh sikit. Ini pasti juga akan memudahkan anda pulang nanti (tiada kereta yang halang kereta anda)
- Cuba bantu tuan rumah dengan apa yang boleh dibantu.
Tips 11 : Puasa Enam
Puasa enam tu memang sesuai untuk diselitkan dalam 20 hari pilihan baik itu. Malah anda juga dapat pahala, in shaa Allah.
Jangan lepaskan peluang ini!
Tips 12 : Makan Sayur Sebagai Snacking
Bosan? Kadang-kadang kita makan bukan sebab lapar tapi sebab bosan atau melayan perbualan.
Di situ tangan kita memang gatal untuk memakan apa yang ada di depan mata.
Di sini, cuba “menggatal” dengan makanan sayur-sayuran (timun, lobak merak etc) kerana ia bukan sahaja kaya dengan serat tapi juga rendah kalori.
Lebihkan fiber & serat. Pengambilan serat penting mengawal kadar penghadaman glucose darah dan sekaligus bantu mengawal nafsu
makan.
Tips 13 : Ambil Supplement Shaklee Untuk Membantu Kawal Makan Dan Bakar Lemak
Nak bagus lagi kena add sekali ResV Shaklee. Travel Friendly pula tu!
ResV bekerja sampai DNA. Semua bahan yang dicampurkan dalam ResV shaklee dah buat dengan teliti. Dah ada kajian untuk keselamatan dan keberkesanan.
Ada kajian bahan dalam ResV Purple Carrot bagus untuk kempiskan perut.
Berebut2 orang buat skincare ada ellagic acid sebab ellagic acid ni boleh bagi kesan kulit cerah. Dalam ResV pun ada ellagic acid.
Dalam ResV ada blackcurrant yang bertindak sebagai multivitamin.
Chebulic myrobalan king of ayurvedic herbs.
Leaky gut – usus bocor, bagilah resV.
ResV bantu membersihkan usus dan membaiki otak kita.
ResV boleh bekerja sampai DNA. DNA nyawa kepada sel.
Dalam Malaysia ni nak dapatkan supplements antioxidants ORAC paling tinggi dengan tindakan sampai level DNA exclusive hanya ada di Shaklee.
Tips 14 : Ramadhan vs Raya
Kalau anda berjaya turun berat 3kg sepanjang bulan Ramadhan, cuba jangan tambah lebih 3kg sepanjang bulan Syawal pula. Kalau anda berjaya, maka gabungan Ramadhan + Syawal sepatutnya bantu anda mengawal berat badan.
Sayanglah kalau usaha penurunan berat badan bulan puasa dihapus dengan begitu mudah dengan perayaan Aidilfitri.
Faham bila anda nak seronok merayakan hari mulia bersama keluarga tersayang dan hidangan masakan yang lazat. Apa yang penting, jangan terlalu mengikut nafsu. Ingat! Makan biarlah ikut kepada kesederhanaan dan kesihatan diri.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!
Semoga tips-tips bermanfaat untuk anda yang ingin maintain kurus secara sihat bukan sekadar ketika berpuasa sahaja. Jadikan raya sebagai kemenangan untuk kita mengawal nafsu makan dan mulakan gaya hidup yang lebih sihat! 😍
Jom sambut hari raya dengan Shaklee sebagai ikhtiar untuk kekal sihat, kurus dan bonus dapat kulit yang cantik.
>>>Nak Dapatkan Produk Shaklee (Klik Sini)<<<
Jemput follow channel Nasuha dibawah untuk update terkini 😍 :
✅ Facebook Page ✅ Instagram ✅ Youtube ✅ Facebook Personal ✅ Tiktok
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
2 Comments